KEM SELAMI JIWA DAN JATI DIRI (SEJATI)

Program SEJATI merupakan susulan daripada SEMAI. Jika SEMAI tertumpu pada ibu dan bapa tetapi SEJATI fokus kepada anak-anak. Kem SEJATI ini merupakan edisi kedua selepas kali pertama diadakan pada 2009 yang lalu. Sasaran peserta adalah di kalangan pelajar tahap 2. Program dua hari satu malam ini menumpukan tentang aspek pembinaan sahsiah dan jati diri yang mantap ke arah menjadi pelajar Muslim yang cemerlang. Terima kasih buat Alfaliheen Management yang masih sudi memberikan khidmat mereka sebagai fasilitator bagi program ini.








SEMINAR MOTIVASI AYAH IBU (SEMAI)

Program Seminar Motivasi Ayah Ibu (SEMAI) yang telah diadakan di Dewan Al-Farabi, SK Ulu Bendul bertujuan untuk memupuk dan menambahkan sifat prihatin di kalangan ibu bapa terhadap progres anak-anak mereka dalam pelajaran. Sesungguhnya sepintar-pintar anak itu mungkin akan gagal jika tiada dorongan berterusan dan sentuhan ajaib ibu bapa mereka dalam membina keyakinan anak-anak mereka untuk berjaya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohamad bin Muhsin selaku Penceramah jemputan dari Alfaliheen Management atas kesudian berkongsi tip-tip yang amat berguna.





BENGKEL CEMERLANG MATA PELAJARAN (CEMARA)





Bengkel Cemerlang Mata Pelajaran atau singakatannya CEMARA dianjurkan bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar tahap dua khususnya tahun 6 tentang teknik menjawab soalan peperiksaan dengan kaedah yang betul dan berkesan. Setakat ini tiga bengkel CEMARA telah dilaksanakan melibatkan tiga subjek iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Sains. Bakal menyusul ialah Matematik dan Bahasa Inggeris, insya Allah.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.