Warga SKUB mengucapkan selamat datang kepada Puan Rizana binti Jahidin yang baru bertukar ke SKUB. Beliau akan mengajar subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Pendidikan Seni. Selamat datang juga diucapkan kepada pekerja am yang juga baru iaitu Encik Azhari dan Puan Kalliani. Selamat bertugas dan selamat maju jaya.
English Day: Episode 1
Setiap hari Rabu telah diisytiharkan sebagai "English Day". Pada hari tersebut, para pelajar akan mengikuti aktiviti ringkas berkaitan Bahasa Inggeris seperti spelling, poem recitation, sing-a-long song, quiz dan sebagainya sama ada ia dipersembahkan oleh pelajar atau guru. Warga SKUB juga digalakkan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris pada hari tersebut.
Cikgu Rizana, Cikgu Idzwan dan Cikgu Rosmawati sedang mengendalikan aktiviti sempena English Day yang pertama, iaitu "spelling contest".
Guruku Idolaku
Pada 17 Januari 2011 yang lalu, telah dilancarkan program "Guruku Idolaku" yang melibatkan 14 murid tahun 6 dan 14 guru SKUB. Program ini merupakan salah satu pelan lonjakan kecemerlangan UPSR 2011. Konsep yang dilaksanakan adalah sama seperti program Mentor-Mentee yang pernah dilaksanakan pada tahun lepas. Mudah-mudahan dengan terlaksananya program sebegini dapat memberikan impak yang positif terhadap murid-murid tahun 6.
Selamat Jalan Cikgu Mazlan...
Setelah lebih 16 tahun berkhidmat di SKUB, akhirnya sudah tiba saat dan tikanya Cikgu Mazlan bin Karim, meninggalkan SKUB untuk berhijrah ke tempat baru. Beliau yang dulunya merupakan Guru Penolong Kanan HEM yang cukup berdedikasi akan mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Seremban sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum pada 17 Januari 2011. Sesungguhnya warga SKUB begitu amat terasa dan terharu dengan perpindahan Cikgu Mazlan. Selain itu, warga SKUB juga mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kepada dua staf sokongan iaitu Encik Sulaiman bin Md Dahan dan Puan Fazilah binti Abd Manan yang telah tamat kontraknya. Warga SKUB sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka.
Puan Fazilah (berdiri) memberikan ucapan ketika majlis perpisahan di kantin SKUB yang dihadiri oleh semua guru dan AJK PIBG.
Jom Gotong-royong!
Alhamdulillah, dengan siapnya bangunan baharu ini, semua warga SKUB rasa senang hati. Kemudahan bertambah dan lebih baik. Namun begitu, sudah menjadi tanggungjawab semua warga SKUB untuk memastikan setiap kemudahan diguna dan dioptimakan dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, satu operasi gotong-royong telah diadakan pada 8 Januari 2011 yang lalu dengan misi yang berikut:
- Memindahkan barang-barang dari blok lama ke blok baharu.
- Membersihkan persekitaran, pejabat dan bilik-bilik di blok baharu.
- Melupuskan barangan yang sudah tidak digunakan lagi di blok lama.
Pendaftaran Ko-Kurikulum
Satu sesi pendaftaran aktiviti ko-kurikulum telah diadakan pada 5 Januari 2011. Seramai 66 murid dari tahun 3 hingga 6 berpeluang mendaftarkan diri untuk menyertai persatuan, kelab dan sukan yang digemari.
Kelab dan Persatuan
Kelab dan Persatuan
- Kelab Keselamatan Jalan Raya
- Kelab Rukun Negara
- Kelab Kebudayaan
- Persatuan Bahasa
- Olahraga
- Futsal
- Bola Jaring
Cikgu Nasir selaku guru penasihat Kelab Olahraga sedang sibuk mendaftarkan penyertaan anak-anak muridnya.
2011: Azam Baharu, Semangat Baharu
2011 sudah tiba. SKUB bakal melakar sejarah yang baharu. Berbekalkan semangat baharu dengan bangunan yang baharu, sudah pasti diiringi dengan azam yang serba baharu. Selamat maju jaya buat warga SKUB!
Langgan:
Catatan (Atom)