Satu sesi pendaftaran aktiviti ko-kurikulum telah diadakan pada 5 Januari 2011. Seramai 66 murid dari tahun 3 hingga 6 berpeluang mendaftarkan diri untuk menyertai persatuan, kelab dan sukan yang digemari.
Kelab dan Persatuan
Kelab Keselamatan Jalan Raya
Kelab Rukun Negara
Kelab Kebudayaan
Persatuan Bahasa
Sukan
Olahraga
Futsal
Bola Jaring
Walau bagaimanapun, hanya Persatuan Pengakap sahaja yang ditetapkan untuk badan beruniform.
Guru-guru bersiap-sedia di kaunter pendaftaran.
Cikgu Nasir selaku guru penasihat Kelab Olahraga sedang sibuk mendaftarkan penyertaan anak-anak muridnya.
Kelihatan murid-murid berbaris menunggu giliran untuk mendaftar sambil diperhatikan oleh Cikgu Norlinda selaku guru penasihat Kelab Bola Jaring.