MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BARU SK ULU BENDUL

SK ULU BENDUL telah menempa sejarah tersendiri dengan penganjuran Majlis Perasmian Bangunan Baru yang telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 9 November 2013 yang lalu. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh beberapa Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Pegawai Daerah Kuala Pilah dan ramai lagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 500 penduduk setempat.

CEMARA kembali

Bengkel Cemerlang Mata Pelajaran atau singkatannya CEMARA diteruskan pada tahun ini sebagai salah satu persiapan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang format kertas soalan peperiksaan yang sebenar dan menerangkan teknik menjawab soalan dengan cara yang betul. Bengkel CEMARA ini mengandungi 5 siri melibatkan 5 mata pelajaran UPSR. Para penceramah jemputan merupakan guru-guru yang terlibat sebagai pemeriksa kertasyang berpengalaman luas. Justeru, diharapkan program sebegini dapat dimanfaatkan oleh calon-calon UPSR dengan sebaiknya.
  

PROGRAM KOLOKIUM OUTREACH SBP

Pada 13 Jun 2013 yang lalu telah berlangsung program Kolokium Outreach yang dikelolakan di bawah projek khas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan. SKUB bertuah kerana terpilih menjadi salah sebuah sekolah yang dikunjungi.
Rombongan terdiri daripada 3 guru pengiring dan 21 pelajar SBP (gabungan) dari seluruh Malaysia. Mereka hadir untuk berkongsi pengalaman di samping melatih murid-murid SKUB untuk mengadakan persembahan choral speaking.
Apa yang menarik ialah kesemua pelajar SBP yang terlibat merupakan mereka yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah atau miskin. Ini telah memberikan inspirasi kepada semua murid SKUB bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya dan menjejakkan kaki ke sekolah yang terbaik.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.