MESYUARAT AGUNG PIBG SKUB KALI KE-37 / 2012


Pada mesyuarat kali ini, terdapat perlantikan ahli jawatankuasa baharu. Berikut disenaraikan ahli jawatankuasa yang telah dilantik ketika mesyuarat agung tersebut:
  • Yang Di-Pertua : En. Abdul Samad bin Abdul Malek
  • Naib Yang Di-Pertua : En. M. Sharidan bin Mokhtar
  • Setiausaha : En. Mohd Nasir bin Badrun
  • Bendahari : Pn. Asmah binti Shaharudin
  • Ahli Jawatankuasa : En. Eddie
  • Ahli Jawatankuasa : En. Shaharin
  • Ahli Jawatankuasa : Pn. Azimah
  • Ahli Jawatankuasa : Pn. Marsita
  • Ahli Jawatankuasa : Pn. Haliza
  • Pemeriksa Kira-kira 1 : En. Roslan
  • Pemeriksa Kira-kira 2 : Pn. Salma 


MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber merupakan sayap guru. Mereka bertanggungjawab untuk membantu guru-guru mengawal disiplin murid-murid di sekolah. Justeru, satu majlis penyerahan watikah pelantikan telah diadakan sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat mereka. Selamat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.




PERJUMPAAN GURU DAN PENJAGA MURID TAHUN 6

Satu perjumpaan antara guru dan penjaga murid tahun 6 telah diadakan sebagai salah satu persediaan menghadapi UPSR 2012 akan datang. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan kepada semua ibu bapa tentang program-program yang bakal dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan, motivasi, kemahiran dan pengetahuan anak-anak mereka sebelum menempuh peperiksaan UPSR kelak.






SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.