PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


22 Januari 2010: Program Transisi Tahun 1 yang berjalan selama tiga minggu telah sedikit sebanyak membantu murid-murid tahun 1 untuk menyesuaikan diri di sekolah. Hampir kesemua murid tahun 1 ini telah menerima pendidikan sejak berusia 5 atau 6 tahun sama ada di pra-sekolah atau tadika swasta. Justeru, ia sebenarnya telah membantu mempersiapkan murid-murid secara mental dan fizikal sebelum melangkah ke sekolah rendah.

2010 yang mendebarkan

4 Januari 2010: Bermulanya sesi persekolahan bererti bermulanya cabaran UPSR 2010. Ia bakal menyaksikan produk pertama UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Semoga segala perancangan aktiviti yang dirangka dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai matlamat.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.