PENDAFTARAN KELAB DAN PERSATUAN

10 Januari 2012: Aktiviti ko-kurikulum 2012 telah dimulakan dengan pendaftaran kelab dan persatuan serta taklimat tentang Penilaian dan Pemarkahan Ko-Kurikulum oleh Puan Norlinda Basiron selaku Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Berikut merupakan senarai kelab dan persatuan yang telah ditetapkan:

Badan Beruniform:
> Pengakap

Persatuan/Kelab:
> Persatuan Bahasa
> Persatuan Matematik dan Sains
> Kelab Rukun Negara
> Kelab Keselamatan Jalan Raya

Sukan/Permainan:
> Kelab Bola Jaring
> Kelab Futsal
> Kelab Bola Baling
> Olahraga




PROGRAM TRANSISI

4 Januari 2012: Program Transisi Pra Sekolah ke Tahun 1 telah dilaksanakan selama 3 minggu sebaik sahaja hari pertama persekolahan dimulakan. Minggu pertama sebagai tempoh suaikenal antara murid-murid dengan persekitaran sekolah manakala dua minggu terakhir dilaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bertemakan "Rakan Saya" dan "Sekolah Saya". Program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini dirangka bertujuan untuk menyediakan murid-murid tahun 1 dari aspek fizikal dan mental bagi menempuh alam sekolah rendah dengan lebih baik.






HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012


4 Januari 2012: Hari pertama persekolahan bagi sesi 2012 telah berjalan dengan lancar. Kelihatan wajah-wajah murid yang penuh keceriaan dengan pakaian serba baharu. Terdapat segelintir ibu bapa kepada murid-murid tahun 1 turut bersama-sama memantau anak-anak mereka di samping mendengar taklimat daripada guru kelas tahun 1. Diharapkan agar murid-murid tahun 1 ini dapat segera menyesuaikan diri dan kepada murid-murid lain juga diharapkan dapat memulakan hari mereka dengan semangat dan azam baharu.




PENDAFTARAN SESI 2012

2 Januari 2012: Sesi pendaftaran persekolahan telah dibuka dan semua hampir pelajar pra hingga ke tahun 6 hadir untuk membayar sumbangan PIBG, yuran Kelas Agama Petang dan membeli peralatan sekolah. Semua guru juga telah hadir melibatkan diri dalam menjayakan program ini.


TAHUN BAHARU, AZAM BAHARU

2012 pastinya menjanjikan harapan setinggi menggunung,
matlamat murni yang perlu dijunjung,
prestasi tinggi yang hendak dikendong,
penuh dengan badai pesona yang harus diharung,
namun yang penting tentunya bukan anganan kosong.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.