MAJLIS SEMAIAN WAHYU j-QAF-KAP PERINGKAT ZON A

Pada 11 Julai 2009 bersamaan 18 Rejab 1430H yang lalu telah diadakan program Majlis Semaian Wahyu j-QAF-KAP Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala Pilah Zon A bagi tahun 2009. Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi pada jam 8.00 pagi hingga 1 tengah hari. Ia telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah, Tua Haji Mat Rohani bin Kamar. Penganjuran program ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan integrasi bersepadu antara Program j-QAF dan Kelas Agama Petang (KAP) dan memberi pendedahan serta pengalaman kepada murid-murid j-QAF dan KAP. Ia secara langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah yang bertanding di acara ini. Sebanyak 16 buah sekolah rendah di seluruh daerah Kuala Pilah yang menyertai program ini:
1. SK Ampang Tinggi
2. SK Yam Tuan Hitam
3. SK Yam Tuan Antah
4. SK Pelangai
5. SK Ulu Bendul
6. SK Tunku Munawir
7. SK Tapak
8. SK Yam Tuan Lenggang
9. SK Pusat Juaseh
10. SK Dato’ Idris
11. SK Rembang Panas
12. SK Tunku Laksamana Nasir
13. SK Juaseh Tengah
14. SK Tengkek
15. SK Talang
16. SK Padang Lebar

Acara-acara yang dipertandingkan ialah:
1. Ujian Tilawah Al-Quran Lelaki Tahap 1
2. Ujian Tilawah Al-Quran Lelaki Tahap 2
3. Ujian Tilawah Al-Quran Perempuan Tahap 1
4. Ujian Tilawah Al_Quran Perempuan Tahap 2
5. Kuiz j-QAF Tahap 1
6. Kuiz j-QAF Tahap 2

Meskipun SK Ulu Bendul tidak memenangi sebarang acara namun ia sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada para peserta di samping menyemai semangat daya saing yang sihat antara satu sama lain.
Para hakim sedang bersedia untuk memulakan acara tilawah al-Quran.

Persembahan dikir bahasa Arab oleh peserta.

Upacara penyampaian hadiah.

MINGGU PSS 2009 MELABUHKAN TIRAINYA

MINGGU PSS 2009 telah pun melabuhkan tirainya. Secara keseluruhan, pengendalian program Minggu PSS pada kali ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Ia dapat dilihat menerusi acara-acara menarik yang disusun, persembahan mantap oleh murid-murid dan hasil-hasil kerja murid yang begitu kreatif dan cantik. Bakat terpendam, kerja berpasukan dan berani mencuba telah berjaya diserlahkan oleh murid-murid sepanjang aktiviti dijalankan. Syabas diucapkan pada murid-murid serta guru-guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Mudah-mudahan program tahunan ini akan terus meningkat dari segi pelaksanaannya pada masa akan datang.


Klip Video Memori Minggu PSS SKUB 2009

MINGGU PSS 2009

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Ulu Bendul akan melaksanakan program Minggu PSS bermula pada 6 Julai 2009 hingga 10 Julai 2009. Program ini melibatkan setiap panitia dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh panitia itu sendiri. Ia adalah porgram tahunan sekolah dan disertai oleh semua pelajar SK Ulu Bendul dari tahun 1 hingga 5. Antara objektif program ialah untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari oleh para pelajar, memaksimumkan penggunaan bahan PSS, meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis serta mewujudkan daya saing di kalangan pelajar. Berikut adalah jadual aktiviti Minggu PSS SKUB 2009:


-BENGKEL PENINGKATAN AKADEMIK: SAINS

4 Julai 2009: Program Bengkel Peningkatan Akademik Sains ini merupakan salah satu program yang direncanakan dalam projek Fokus UPSR 2010. Bengkel ini merupakan sesi yang ketiga selepas Bengkel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Objektif program ini ialah untuk menyediakan para pelajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2010 nanti. Program ini disertai oleh 25 murid tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Pengisian telah disampaikan oleh Cikgu Mastafa Samsudin dari Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah dengan jayanya. Cikgu Mastafa telah mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik menjawab soalan yang berkesan. Diharapkan program sebegini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, insya Allah.

Murid-murid sedang tekun mengikuti program.

Cikgu Mastafa sedang menyampaikan pengisiannya kepada para pelajar.

LDP SATUKAN HATI SATUKAN TEKAD

Setakat ini pihak sekolah telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sebanyak 3 kali dengan tajuk; "Budaya Kerja Cemerlang", "Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan" dan "Etika Pendidik". LDP ini juga turut disertai oleh rakan-rakan guru dari Sekolah Kebangsaan Kampung Parit. Secara keseluruhan, LDP ini sebenarnya merupakan satu kaedah "refresh" yang agak berkesan bagi guru-guru untuk terus berkhidmat dengan jayanya. Selain itu, dengan gabungan dua sekolah ini juga telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru-guru di samping menimba pengetahuan yang baru daripada para penceramah yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jemaah Nazir.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.