PERKUATKAN ROHANI


Sejak minggu pertama persekolahan dibuka, warga SKUB telah memulakan aktiviti bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat sebelum sesi pembelajaran bermula. Ia merupakan salah satu persediaan rohani bagi para pelajar dalam menempuhi proses pembelajaran dan peperiksaan khususnya UPSR akan datang. Program yang disertai oleh semua murid dan guru ini diadakan di dewan SKUB.


KELAB RUKUN NEGARA

KELAB RUKUN NEGARA baharu mula bergerak dengan aktifnya pada tahun ini di bawah kendalian Cikgu Noor Haslina Ramli sebagai guru penasihat. Bermatlamatkan cinta pada tanahair berdasarkan kepatuhan pada Rukun Negara yang lima, sudah tentu aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal dijalankan berpaksikan patriotisme. Semoga nilai-nilai yang diserlahkan sepanjang aktiviti kelab dijalankan dapat membina sifat patriotik yang tinggi di kalangan murid dan juga guru.

Taklimat sebelum aktiviti oleh Cikgu Haslina.

Sesi "ice-breaking" bersama rakan-rakan kelab.

Salam tanda pengikat kasih penjalin kemesraan.

Melakar lukisan sebagai pemberian istimewa buat sahabat.

PEK... PEK... PEK!

Meskipun hanya satu unit beruniform yang diwujudkan di SKUB, iaitu Pengakap namun ia sudah cukup memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk meraih ilmu pengetahuan dan mengasah kebolehan diri. Falsafah yang ada dalam Pengakap mencakupi nilai-nilai murni yang cukup tinggi seperti taat kepada Tuhan, menghormati insan dan haiwan, setiakawan dan sebagainya. Selain itu, kemahiran survival atau kemandirian juga dapat memupuk insan yang boleh berdikari dan berdisiplin.

AKELA, Cikgu Haslina sedang memimpin aktiviti Laung Agung.

Kumpulan Pengakap tahun3 dan 4 mempersembahkan nyanyian lagu rasmi Pengakap dengan gaya kawad yang menarik.

Kumpulan Pengakap Tahun 5 sedang mempersembahkan Lagu Rasmi Pengakap dengan penuh semangat sambil diperhatikan oleh Cikgu Rosmawati.

Cikgu Linda dan Cikgu Malini yang sporting turut bersama anak-anak murid dari kumpulan Pengakap tahun 6 menyampaikan lagu.

LATIHAN KECEMASAN

Pada 22 Februari 2011 yang lalu telah diadakan sesi latihan kawad kebakaran sebagai persediaan menghadapi situasi yang tidak diduga. Semua guru dan murid telah bertindak dengan prosedur yang sepatutnya berdasarkan pelan dan peraturan keselamatan yang telah dipaparkan di setiap kelas dan bilik khas di blok baharu sekolah. Pada sesi tersebut, Cikgu Idzwan selaku Penyelaras telah menyampaikan taklimat ringkas tentang langkah-langkah keselamatan sebagai peringatan kepada semua warga SKUB.


Selamat Pengantin Baru

Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Ustazah Suryani dan pasangannya. Majlis pihak pengantin perempuan telah diadakan pada 3 Februari 2011 (Khamis) di rumah keluarganya di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu. Warga SKUB mendoakan agar Ustazah Suryani dan suaminya berbahagia hingga ke akhir hayat, amin.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.