SEDIA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

Kehadiran pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) baru-baru ini sememangnya menjadi satu kelaziman dalam memastikan pengurusan sekolah yang berkualiti dari segi akademik dan ko-kurikulum. Sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan di sana sini namun ia boleh diperbaiki. Segala teguran yang telah disampaikan oleh setiap pegawai yang hadir amat dihargai.

OLAHRAGA DAERAH: PENGALAMAN SATU KEJAYAAN

SKUB pertama kalinya menghantar wakil ke Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kuala Pilah yang berlangsung sejak 5 hingga 8 April 2010 di padang SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Antara acara yang disertai ialah lari 4 x 100 meter berganti-ganti, lontar peluru, lari pecut 100 meter dan sebagainya. Meskipun hanya berlatih selama beberapa hari namun kesungguhan jurulatihnya, Cikgu Nasir dan semangat yang membara di kalangan peserta, SKUB mampu memberikan saingan walaupun terkandas di peringkat saringan. Namun begitu, perkara ini tidak dinafikan disebabkan peserta kurang pengalaman, perasaan gementar dan gemuruh yang menyelubungi diri memang sudah dijangka menjadi faktor penghalang. Walau bagaimanapun, atlit kita sebenarnya sudah pun mengecapi kejayaan apabila BERJAYA menyahut CABARAN dan BERJAYA menimba PENGALAMAN. Syabas kontinjen SKUB! Selamat maju jaya dan teruskan perjuangan!

Senarai peserta Kontinjen SKUB:

Chef De' Mission/Jurulatih
En. Mohd Nasir Badrun

Penolong Jurulatih
Pn. Nor Fa'izah Mohd Redza

Atlit
Mohd Azizul Roslan (Tahun 6)
Ikhwan Hadi Shaharin (Tahun 6)
Muhammad Afiq Alaudin (Tahun 6)
Akhmal Alief Mohd Nizar (Tahun 5)
Zulhilmi Anis Mohd Nasir (Tahun 2)
Nur Atiqah Azra Zainal Abidin (Tahun 6)
Wafa Raidah Zamani (Tahun 6)
Azreen Sahira Abd. Samad (Tahun 6)
Nurshuhada Sulaiman (Tahun 5)
Farihatul Husna Abd. Razak (Tahun 5)
Siti Nor Syuhana Mohd Nasir (Tahun 4)

Azizul selaku pelari terakhir dalam acara 4 x 100 meter kelas 3 berusaha memberikan saingan yang sengit.

Meskipun pulang kehampaan namun pengalaman berharga pasti kekal dalam ingatan dan menjadi batu loncatan pada masa hadapan.

BENGKEL UPSR: BAHASA INGGERIS

Bengkel UPSR Bahasa Inggeris yang telah diadakan pada 27 Mac 2010 yang lalu telah memberikan banyak tip yang berguna bukan sahaja kepada murid bahkan guru. Penceramah jemputan dari Sekolah Kebangsaan Labu, Encik Murugan A/L Tanaraj telah berkongsi kaedah dan strategi bagaimana untuk menjawab soalan kertas 2 iaitu soalan berbentuk penulisan. Seramai 18 murid dari pelbagai tahun telah mengikuti bengkel yang amat berguna ini. Diharapkan bengkel sebegini dapat diadakan sekali lagi pada tahun ini sebagai persediaan untuk memantapkan lagi kemahiran menjawab soalan dengan berkesan.
Cikgu Fa'izah dan Cikgu Rosmawati turut bersama-sama mendengar pengisian.

Encik Murugan menyampaikan ceramah dengan serius dan bersemangat.

Murid-murid yang bersemangat untuk mengikuti bengkel dari awal hingga selesai.
Semoga mereka dapat mengamalkan apa yang dipelajari.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.