GURU PENYAYANG

Sejak Kempen Guru Penyayang diperkenalkan, guru-guru SKUB kini menjadi semakin prihatin terhadap hal ehwal yang berlaku di kalangan murid-murid. Alhamdulillah, ternyata impaknya cukup berkesan setelah satu kes yang melibatkan murid yang selalu tidak hadir ke sekolah sudah dapat ditangani. Guru-guru yang prihatin ini telah menziarahi rumah murid tersebut untuk melihat sendiri dan mengenal pasti masalah yang berlaku. Mudah-mudahan kempen ini dapat direalisasikan dengan jayanya, insya Allah.




IHYA' RAMADHAN

Program Ihya' Ramadhan merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah tazkirah, info Ramadhan, kuiz, tadarrus al-Quran, peraduan membuat kad ucapan hari raya dan sebagainya. Semoga program sebegini dapat memberi kesedaran kepada warga SKUB betapa istimewanya bulan Ramadhan.




BULAN KECERGASAN 1M1S

Program pelancaran Bulan Kecergasan 1M1S telah diadakan pada 10 Julai 2012 melibatkan semua warga SKUB. Program dimulakan dengan ucapan dan gimik pelancaran oleh tuan guru besar, Encik Suhaimi Norazi dan diteruskan dengan acara senamrobik, pertandingan futsal dan pertandingan bola jaring.





LAWATAN ILMU KE SELANGOR

Lawatan Ilmu ke Selangor telah diadakan pada 3 Julai 2012 melibatkan 36 murid tahap 2 dan 4 guru. Lokasi yang telah dikunjungi ialah Westport Klang, Taman Botani Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Shah dan I-City. Program santai sambil belajar ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.







HARI GURU 2012

Selamat Hari Guru pada semua guru SKUB dan terima kasih pada semua murid tahun 6 dan pengawas yang telah membantu menjayakan program ini.












SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.