Kursus Latihan Pengawas (KLIP)

3 Februari 2010: Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Ulu Bendul telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Kursus Latihan Pengawas atau KLIP bertempat di kelas tahun 4 UIA. Program yang disertai oleh 9 pengawas daripada pelbagai tahun ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

"Bual Interaktif"
Slot ini dikendalikan oleh Cikgu Mazlan yang merupakan GPK HEM dan Penasihat Badan Pengawas SKUB. Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan sifat kepemimpinan dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas di sekolah. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah pengawas berperanan untuk membantu pihak sekolah mengawal disiplin murid-murid di samping mereka hendaklah sentiasa menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakan mereka.

"Perkongsian Pintar"
Segmen yang dikendalikan oleh Cikgu Idzwan ini menekankan tentang cara-cara mengendalikan majlis perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap Isnin. Selepas penerangan ringkas, para pengawas diminta untuk melakukan amali. Segmen ini telah sedikit sebanyak mendorong sikap keberanian dan keyakinan diri untuk berucap di hadapan khalayak serta menjadikan kerja berpasukan itu satu budaya yang positif.

Diharapkan program sebegini dapat membantu para pengawas menjalankan tugas mereka dengan amanah dan cemerlang.

Cikgu Mazlan sedang menyampaikan ceramah interaktifnya yang bertajuk
"Aku Pengawas Hebat".


Para peserta sedang khusyuk mendengar ceramah.

Para peserta sedang menyemak nota rujukan sambil mendengar ceramah.

Seorang peserta sedang melakukan pembentangan.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.