BENGKEL MOTIVASI IBU BAPA

20 Februari 2010: Kecemerlangan anak-anak bermula dengan kejayaan ibu bapa menjaga dan mendidik mereka. Penganjuran Bengkel Motivasi Ibu Bapa yang telah diadakan baru-baru ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan anak-anak tentang betapa pentingnya keharmonian hubungan kekeluargaan dalam menjana kejayaan anak-anak. Selama ini mungkin segelintir ibu bapa hanya menyerahkan 100% pendidikan anak-anak mereka pada guru di sekolah namun ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka dalam membentuk sikap dan akhlak mulia anak-anak bermula di rumah. Sekiranya ibu bapa menekankan aspek asuhan yang murni berteraskan agama Islam pada anak-anak mereka, insya Allah anak-anak ini akan sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa serta menyedari peri penting menuntut ilmu hingga berjaya. Sekalung penghargaan buat Ustaz Ramadzan bin Haji Mohd Yusof, Pegawai Kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu yang telah sudi menjadi penceramah dan ibu bapa yang telah hadir ke program tersebut.

Cikgu Haslina selaku Penyelaras Program merangkap pengacara majlis.

Encik Suhaimi mengiringi Ustaz Ramadzan yang sedang bersedia untuk "beraksi."

Ustaz Ramadzan berkomunikasi dengan hadirin.


Sebahagian ibu bapa, guru dan murid yang hadir.

Ustaz Ramadzan sedang menyampaikan ceramahnya dengan penuh semangat dan keyakinan.


Ibu bapa dan anak sedang khusyuk mendengar pengisian. Semoga beroleh manfaat hendaknya.

Kursus Latihan Pengawas (KLIP)

3 Februari 2010: Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Ulu Bendul telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Kursus Latihan Pengawas atau KLIP bertempat di kelas tahun 4 UIA. Program yang disertai oleh 9 pengawas daripada pelbagai tahun ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

"Bual Interaktif"
Slot ini dikendalikan oleh Cikgu Mazlan yang merupakan GPK HEM dan Penasihat Badan Pengawas SKUB. Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan sifat kepemimpinan dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas di sekolah. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah pengawas berperanan untuk membantu pihak sekolah mengawal disiplin murid-murid di samping mereka hendaklah sentiasa menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakan mereka.

"Perkongsian Pintar"
Segmen yang dikendalikan oleh Cikgu Idzwan ini menekankan tentang cara-cara mengendalikan majlis perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap Isnin. Selepas penerangan ringkas, para pengawas diminta untuk melakukan amali. Segmen ini telah sedikit sebanyak mendorong sikap keberanian dan keyakinan diri untuk berucap di hadapan khalayak serta menjadikan kerja berpasukan itu satu budaya yang positif.

Diharapkan program sebegini dapat membantu para pengawas menjalankan tugas mereka dengan amanah dan cemerlang.

Cikgu Mazlan sedang menyampaikan ceramah interaktifnya yang bertajuk
"Aku Pengawas Hebat".


Para peserta sedang khusyuk mendengar ceramah.

Para peserta sedang menyemak nota rujukan sambil mendengar ceramah.

Seorang peserta sedang melakukan pembentangan.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.