Selamat Jalan Cikgu Mazlan...

Setelah lebih 16 tahun berkhidmat di SKUB, akhirnya sudah tiba saat dan tikanya Cikgu Mazlan bin Karim, meninggalkan SKUB untuk berhijrah ke tempat baru. Beliau yang dulunya merupakan Guru Penolong Kanan HEM yang cukup berdedikasi akan mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Seremban sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum pada 17 Januari 2011. Sesungguhnya warga SKUB begitu amat terasa dan terharu dengan perpindahan Cikgu Mazlan. Selain itu, warga SKUB juga mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kepada dua staf sokongan iaitu Encik Sulaiman bin Md Dahan dan Puan Fazilah binti Abd Manan yang telah tamat kontraknya. Warga SKUB sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka.

Puan Fazilah (berdiri) memberikan ucapan ketika majlis perpisahan di kantin SKUB yang dihadiri oleh semua guru dan AJK PIBG.

Encik Sulaiman (tengah) bersedia untuk berucap.

Ucapan perpisahan Cikgu Mazlan yang penuh dengan pengkisahan dan kronologi.

Skuad guru lelaki yang semakin "pupus"...

Murid-murid bergambar kenangan bersama-sama guru kesayangan mereka.

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK ULU BENDUL

BERSAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN. KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA.